Sunday, July 8, 2018





Drama bersiri Bilo Nogori Jupo Kelate arahan Amor Rizan akan mengisi slot Iris di TV3. Diterajui gandingan utama Nazrief Nazri dan Mia Ahmad. Drama romantik komedi arahan Amor Rizan.  Akan mula bersiaran pada 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

JUDUL  :  BILO NOGORI JUPO KELATE
JUMLAH EPISOD  :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  26 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 6:30 petang
SALURAN TV  :  Slot Iris TV3
DURASI TAYANGAN  :  30 minit
PENULIS SKRIP  :  Che Li
IDEA ASAL  :  Syarina Azizan
PENGARAH  :  Amor Rizan
TERBITAN  :  Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON  :  Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Datin Fadilah Mansor, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Hanna Aqeela, Adam Shadan DFKL, Tisha Shamsir Alam, Ieka Zulkifli, Mili Supina, Shahril Nizam, Nik Alias Seman

WATAK PELAKON 
Nazrief Nazri sebagai Noah
Mia Ahmad sebagai Nik Safiya
Didie Alias sebagai Sarimah
Kuna Muzani sebagai Mek Nab
Fadilah Mansor sebagai Jamilah
Kamarool Haji Yusoff sebagai Pok Nik
Hanna Aqeela sebagai Syakira
Adam Shadan sebagai Abe Mat
Tisha Shamsir Alam sebagai Rara

LAGU TEMA / OST BILO NOGORI JUPO KELATE

Cuba Teka - Tasha Manshahar & Syed Shamin
Gadis Jolobu - WARIS feat Dato Hattan
Semakin Benci Semakin Rindu - Fian Ali
Most Wanted - WARIS
Oghe Kito – Iwere

SINOPSIS BILO NOGORI JUPO KELATE

Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah?

Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?

No comments:

Post a Comment

ggg

Nantikan drama bersiri Sejadah Untuk Dia yang akan ditayangkan di Astro Oasis. Membariskan pelakon-pelakon terkenal sepert...