RTM akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
Sisimu yang menampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama turut membariskan
pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar,
Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan
Bahar. Akan menemui penonton bermula 17 Disember 2017, setiap Jumaat hingga
Ahad, pukul 7.00 malam menerusi slot Widuri TV1.
JUDUL : AKU
DI SISIMU
JUMLAH
EPISOD : 26 episod
TARIKH
BERMULA TAYANGAN : 17 Disember 2017
WAKTU
SIARAN : Jumaat - Ahad, 7.00 malam
SIARAN
TV : Slot Widuri (TV1 – RTM)
DURASI
TAYANGAN : 1 jam
PENULIS
SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH
: Johan Bahar
TERBITAN
: KL Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON
: Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto
Hassan, Mustaqim Mohamed, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman,
Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Marup Mustapah, Mariyah Osman,
Kamsiah Sajat, Rina Md Nawi, Syazliana Suhahaimi, Siti Zaleha Zolkeply, Mohd
Shahrul Hakimi, Noor Shaida Ali Sabarmisi, Jeff Hassan, Hafizh Alias, Mak Wan
Latah, Zulkifli Mohd Salleh
WATAK PELAKON
Fouziah
Gous sebagai Laila
Natasha
Elyzza sebagai Mira
Haeriyanto
Hassan seabagi Nasa
Mustaqim
Mohamed sebagai Raof
Azhan
Rani sebagai Fazial
Fariz
Isqandar sebagai Faris
Wan
Rania sebagai Sarah
Hilal
Azman sebagai Pak Shukor
Azzahra
Ahmad sebagai Ummi
Hafiz
Halim sebagai Rozali
Fikri
Zubiri sebagai Tuan Azril
Marup
Mustapah sebagai Tengku Husin
Mariyah
Osman sebagai ibu Ummi
Kamsiah
Sajat sebagai ibu Laila
Rina
Md Nawi sebagai Khaty Lana
Syazliana
Suhahaimi sebagai Suria
Siti
Zaleha Zolkeply sebagai Makni
Mohd
Shahrul Hakimi sebagai Rostam
Noor
Shaida Ali Sabarmisi sebagai Rosnah
Jeff
Hassan sebagai ayah Laila
Hafizh
Alias sebagai Shahril
LAGU TEMA / OST :
Tajuk
Lagu :
Kita
Penyanyi : Nieyl
Mentor
SINOPSIS AKU DI SISIMU
Kisah dilema yang dihadapi oleh Laila,
seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya
dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi
punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.
Mira, jururawat yang bertugas di hospital
tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira
yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara
‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi
ditegah oleh suaminya.
Laila cuba bekerja tetapi terpaksa
berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan
suaminya. Bapa Laila yang bersimpati dengan Laila yang tidak bekerja telah
menyerahkan geran tanah supaya Laila menjual tanah tersebut bagi menampung kos
rawatan Nasa yang tinggi.
Di hospital yang sama En. Shukor yang
menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah
boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria
tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh. Dia yang mengetahui Mira menerima
‘VSS’ menyarankan supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin
terus dijagai oleh Mira.
Laila yang mula bekerja terpaksa
berkejar-kejar setiap hari untuk menguruskan anak-anak, menyiapkan kerja di
pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital. Mira yang bersimpati
dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual-bual. Mira memberitahu
dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila tetapi tidak cukup
modal kerana kosnya tinggi. Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu
menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapat sokongan daripada ayahnya.
Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit.
Pelbagai halangan
terpaksa mereka lalui. Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat
jagaan pesakit?
No comments:
Post a Comment